Saturday, 4 June 2016

PERSIAPAN MENUJU REDHA ILLAHI

 PERSIAPAN MENUJU REDHA ILLAHI


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pertama sekali marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikanNya. Nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada kita adalah nikmat Islam dan nikmat Iman. Dalam berbillion manusia di bumi ini, kita adalah antara yang bertuah kerana diberikan nikmat Islam. Bukan semua manusia mampu dapat nikmat iman ini maka hendaklah kita bersyukur. 

Didalam surah Ar-Rahman Allah berfirman "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"  Jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur mudah-mudahan kita beroleh syurgaNya. 

Dalam semua tindakan dan perkara yang kita lakukan hendaklah diniatkan pada Allah. Sekiranya semua didasarkan pada Allah, pasti penghujungnya kita akan beroleh bahagia. Bahagia dunia inshaAllah akhirat juga kita akan bahagia.